Friday, November 30, 2007

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah
haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah
Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampai kan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi
dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu
ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti
kata-katak u ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitung an di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu,
segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

"Be rwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jaga lah supaya kamu tidak
mengikutiny a dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian,
dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita- wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lemb utlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah
bersung guh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima
waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.

"Ingat lah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggu ngjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya.
I tulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"He ndaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

No comments: