Friday, November 16, 2007

Biar iman mendahului fikiran,biar fikiran medahului perbuatan

Imam Ghazali :

“ilmu tanpa amal itu gila,
amal tanpa ilmu itu sia-sia”.

“ Sabar itu ada empat jenis:

1- Sabar dalam taat
2- Sabar dalam menahan diri dari berbuat
maksiat
3- Sabar dalam menahan diri dari godaan
dunia
4- Sabar terhadap cubaan dan musibah
yang datangnya dari Allah.

As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah
(29/8/1966) :

“ Apabila kita hidup hanya untuk kita,
hidupnya amatlah singkat, bermula dari
mulanya kita dan berakhir dengan
berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup untuk selain
daripada kita, hidup kerana fikrah,
sesungguhnya hidupnya panjang dan
mendalam. Bermula daripada bermulanya
manusia dan berakhir dengan luputnya
manusia di bumi ini. Jika kita merasa
kita yang memulakan perjuangan ini, kita
akan merasa sempit dada menghadapi
kematian kerana perjuangan belum
mencapai matlamat. Ingatlah, bukan bukan
kita yang memulakannya dan bukan kita
yang mengakhirinya tetapi ia dimulakan
oleh para Nabi hingga ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai daripada satu
perjuangan yang panjang”.

Ibn Taimiyyah (Taqiyuddin Abu al-Abbas
Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam
bin Taimiyah al-Harrani al-Hambali
(661H- 728H).:

“ Orang yang zalim terhadap diri sendiri
adalah orang yang berbuat maksiat dengan
meninggalkan apa yang diperintahkan agama”.

Imam Ibn Taimiyah:

“ Sesungguhnya setiap jiwa tidak pernah
sunyi dari perasaan berkehendak kepada
Allah SWT”.

Ali r.a berkata:

“Kotornya hidup berjemaah lebih baik
daripada jernihnya hidup menyendiri”.

Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Kitab Malfuzat

Nasihat Syeikh kepada anaknya semasa
sakit menjelang ajal:

“ Kamu mestilah memelihara kewajipanmu
(bertakwa kepada Allah) dan amalkan
ketaatan kepada-Nya. Janganlah takut
kepada sesiapa pun dan janganlah
bergantung kepada sesiapa pun (kecuali
Dia). Serahkan segala keperluanmu kepada
Allah dan berpalinglah kepada-Nya untuk
menagih keperluanmu itu. Jangan meletak
yakinmu kepada sesiapa pun selain Allah
Janganlah mengharapkan pada sesiapa pun
kecuali Dia.

“ Wahai anakku, jika engkau masih hidup
di pagi hari, jangan menjangka pada
malam juga sedemikian dan jika engkau
masih berada bila malam tiba janganlah
menganggap keesokan harinya sedemikian
pula. Hari sebelumnya telah berlalu
dengan segala isinya, untuk menjadi
saksi sebagai pembelamu atau sebagai
pendakwamu. Adapun esok, engkau tidak
ketahui apakah engkau akan tetap
bernyawa atau tidak”.

“Sesiapa yang berteman dengan seorang
bodoh, tentunya dia sendiri bodoh. Yang
paling bodoh adalah seseorang yang
benar-benar tidak mengenali Allah. Dia
itu merasa puas dengan kehidupan dunia
berbanding akhirat”.


“ Sebelum engkau dapat berdakwah pada
orang lain, ada persyaratan yang harus
dipenuhi; engkau seharusnya menjadi
seorang mukmin. Tidak wajarlah bagi
seorang hamba menyeru sesama manusia
kepada Allah sebelum dirinya tersampai
pada-Nya. Engkau tidak boleh menyuruh
orang lain mengikutimu dengan secara
membuta. Celakalah kepada yang
mengkhianati dirinya sendiri kepada
Tuhannya dan Nabinya; yang menyuruh
namun diri sendiri tidak
melaksanakannya; yang melarang tetapi
tidak mendukungnya; yang bercakap tetapi
tidak mengamalkan kata-katanya sendiri”.

Makhluk itu ada tiga jenis: malaikat,
syaitan dan manusia. Malaikat itu
sepenuhnya baik. Syaitan sepenuhnya
jahat. Manusia itu bercampur paduan
antara kebaikan dan kejahatan, dari itu
jika kebaikan memenuhi dirinya maka
manusia itu dihubung kaitkan dengan
malaikat, dan jika kejahatan yang
memenuhi dirinya, maka manusia itu
dihubung kaitkan dengan syaitan”.

Ali r.a

“ Barangsiapa yang mengumpulkan enam
perkara, nescaya ia mencari syurga dan
meninggalkan neraka iaitu:

1- Mengenal Allah lalu mentaatinya
2- Mengenal syaitan lalu mendurhakainya
3- Mengenal kebenaran lalu mengikutinya
4- Mengenal yang batil lalu menjaga diri
daripadanya
5- Mengenal dunia lalu menolaknya
6- Mengenal akhirat lalu mencarinya.

“Iman seseorang belum dapat dikatakan
benar, selama kepentingan Allah belum ia
tempatkan di atas kepentingan dirinya,
orang yang menang dalam kejahatan, sama
sahaja denmgan orang yang kalah. Orang
yang mencegah diri untuk tidak melakukan
kesalahan lebih mulia daripada melakukan
kebenaran itu sendiri”.

“ Sabar dengan ibarat kedudukan kepala
pada tubuh manusia. TIdak ada tubuh bagi
orang yang tidak mepunyai kepala. Tidak
ada iman bagi orang yang tidak mempunyai
kesabaran”.

Lukmanul Hakim

“ Hai anakku! Juallah duniamu kerana
akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung
pada keduanya dan janganlah engkau
menjual akhiratmu kerana duniamu,
nescaya engakau rugi kedua-duanya.

No comments: