Saturday, September 15, 2007

Memberi makan orang berpuasa

DARIPADA Zaid bin Khalid (ra.)katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) adalah pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun. (RiwayatTarmizi)

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah menggalakkan supaya menjamu makan kepada orang berpuasa untuk berbuka kerana pahalanya sama dengan ibadat puasa mereka yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun. Ini adalah semata-mata limpah kurnia daripada Allah s.w.t. kepada mereka yang suka mengadakan jamuan pada bulan Ramadan untuk membantu mereka yang sedang melakukan ibadat puasa tersebut.

Kesimpulannya:

Allah akan memberi pahala dan ganjaran yang besar kepada mereka yang menyedia atau membuat jamuan untuk berbuka puasa. Satu-satu ibadat yang dipilih-Nya untuk diri-Nya sahaja .Dan berjanji untuk memberi balasannya.

sumber: UTUSAN MALAYSIA 20.9.2007

No comments: