Wednesday, January 16, 2008

FADHILAT PUASA 'ASYURA

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka. Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu'awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walau pun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari 'Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.
- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Daripada Abdullah bin Ma'bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari 'Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.
- Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -

Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu'awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari 'Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama' kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari 'Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.
- Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura. Ulama' juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.


Biografi
1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma'mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami' at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
3. Sunan Abu Daud
4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili 'Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

Friday, November 30, 2007

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah
haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah
Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampai kan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi
dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu
ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti
kata-katak u ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitung an di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu,
segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

"Be rwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jaga lah supaya kamu tidak
mengikutiny a dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian,
dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita- wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lemb utlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah
bersung guh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima
waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.

"Ingat lah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggu ngjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya.
I tulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"He ndaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

naungan Allah kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat

Sabda Nabi

Dari Abu Hurairah r. a., dari Nabi
saw., sabdanya, "Allah swt. akan
memberikan naungan kepada tujuh
golongan manusia pada hari kiamat, di
mana tidak ada naungan ketika itu
kecuali naungan Allah :

1. Imam (pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak
kecil dalam menyembah Allah.

3. Seseorang yang hatinya terpaut di
masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi
kerana Allah; mereka berkumpul kerana
Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang dirayu untuk
berbuat keji oleh seorang wanita yang
cantik, lantas ia menolak dengan
berkata lembut, "Aku takut kepada
Allah".

6. Seorang yang bersedekah dengan
sembunyi-sembunyi, sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang telah
diberikan oleh tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat Allah waktu
bersunyi-sunyi, lantas meleleh air
matanya."

(HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM)

DEMI SEBUAH BAHAGIA.. INGAT 2 LUPA 2

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah. Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada

Petua Senyum Untuk Bahagia

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi. Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab? Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Colours of the world

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2”..

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Al-Baqarah 264

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

As Imam As-Shafi’e had said…

As Imam As-Shafi’i had said…”

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

Friday, November 16, 2007

Biar iman mendahului fikiran,biar fikiran medahului perbuatan

Imam Ghazali :

“ilmu tanpa amal itu gila,
amal tanpa ilmu itu sia-sia”.

“ Sabar itu ada empat jenis:

1- Sabar dalam taat
2- Sabar dalam menahan diri dari berbuat
maksiat
3- Sabar dalam menahan diri dari godaan
dunia
4- Sabar terhadap cubaan dan musibah
yang datangnya dari Allah.

As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah
(29/8/1966) :

“ Apabila kita hidup hanya untuk kita,
hidupnya amatlah singkat, bermula dari
mulanya kita dan berakhir dengan
berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup untuk selain
daripada kita, hidup kerana fikrah,
sesungguhnya hidupnya panjang dan
mendalam. Bermula daripada bermulanya
manusia dan berakhir dengan luputnya
manusia di bumi ini. Jika kita merasa
kita yang memulakan perjuangan ini, kita
akan merasa sempit dada menghadapi
kematian kerana perjuangan belum
mencapai matlamat. Ingatlah, bukan bukan
kita yang memulakannya dan bukan kita
yang mengakhirinya tetapi ia dimulakan
oleh para Nabi hingga ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai daripada satu
perjuangan yang panjang”.

Ibn Taimiyyah (Taqiyuddin Abu al-Abbas
Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam
bin Taimiyah al-Harrani al-Hambali
(661H- 728H).:

“ Orang yang zalim terhadap diri sendiri
adalah orang yang berbuat maksiat dengan
meninggalkan apa yang diperintahkan agama”.

Imam Ibn Taimiyah:

“ Sesungguhnya setiap jiwa tidak pernah
sunyi dari perasaan berkehendak kepada
Allah SWT”.

Ali r.a berkata:

“Kotornya hidup berjemaah lebih baik
daripada jernihnya hidup menyendiri”.

Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Kitab Malfuzat

Nasihat Syeikh kepada anaknya semasa
sakit menjelang ajal:

“ Kamu mestilah memelihara kewajipanmu
(bertakwa kepada Allah) dan amalkan
ketaatan kepada-Nya. Janganlah takut
kepada sesiapa pun dan janganlah
bergantung kepada sesiapa pun (kecuali
Dia). Serahkan segala keperluanmu kepada
Allah dan berpalinglah kepada-Nya untuk
menagih keperluanmu itu. Jangan meletak
yakinmu kepada sesiapa pun selain Allah
Janganlah mengharapkan pada sesiapa pun
kecuali Dia.

“ Wahai anakku, jika engkau masih hidup
di pagi hari, jangan menjangka pada
malam juga sedemikian dan jika engkau
masih berada bila malam tiba janganlah
menganggap keesokan harinya sedemikian
pula. Hari sebelumnya telah berlalu
dengan segala isinya, untuk menjadi
saksi sebagai pembelamu atau sebagai
pendakwamu. Adapun esok, engkau tidak
ketahui apakah engkau akan tetap
bernyawa atau tidak”.

“Sesiapa yang berteman dengan seorang
bodoh, tentunya dia sendiri bodoh. Yang
paling bodoh adalah seseorang yang
benar-benar tidak mengenali Allah. Dia
itu merasa puas dengan kehidupan dunia
berbanding akhirat”.


“ Sebelum engkau dapat berdakwah pada
orang lain, ada persyaratan yang harus
dipenuhi; engkau seharusnya menjadi
seorang mukmin. Tidak wajarlah bagi
seorang hamba menyeru sesama manusia
kepada Allah sebelum dirinya tersampai
pada-Nya. Engkau tidak boleh menyuruh
orang lain mengikutimu dengan secara
membuta. Celakalah kepada yang
mengkhianati dirinya sendiri kepada
Tuhannya dan Nabinya; yang menyuruh
namun diri sendiri tidak
melaksanakannya; yang melarang tetapi
tidak mendukungnya; yang bercakap tetapi
tidak mengamalkan kata-katanya sendiri”.

Makhluk itu ada tiga jenis: malaikat,
syaitan dan manusia. Malaikat itu
sepenuhnya baik. Syaitan sepenuhnya
jahat. Manusia itu bercampur paduan
antara kebaikan dan kejahatan, dari itu
jika kebaikan memenuhi dirinya maka
manusia itu dihubung kaitkan dengan
malaikat, dan jika kejahatan yang
memenuhi dirinya, maka manusia itu
dihubung kaitkan dengan syaitan”.

Ali r.a

“ Barangsiapa yang mengumpulkan enam
perkara, nescaya ia mencari syurga dan
meninggalkan neraka iaitu:

1- Mengenal Allah lalu mentaatinya
2- Mengenal syaitan lalu mendurhakainya
3- Mengenal kebenaran lalu mengikutinya
4- Mengenal yang batil lalu menjaga diri
daripadanya
5- Mengenal dunia lalu menolaknya
6- Mengenal akhirat lalu mencarinya.

“Iman seseorang belum dapat dikatakan
benar, selama kepentingan Allah belum ia
tempatkan di atas kepentingan dirinya,
orang yang menang dalam kejahatan, sama
sahaja denmgan orang yang kalah. Orang
yang mencegah diri untuk tidak melakukan
kesalahan lebih mulia daripada melakukan
kebenaran itu sendiri”.

“ Sabar dengan ibarat kedudukan kepala
pada tubuh manusia. TIdak ada tubuh bagi
orang yang tidak mepunyai kepala. Tidak
ada iman bagi orang yang tidak mempunyai
kesabaran”.

Lukmanul Hakim

“ Hai anakku! Juallah duniamu kerana
akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung
pada keduanya dan janganlah engkau
menjual akhiratmu kerana duniamu,
nescaya engakau rugi kedua-duanya.

Tuesday, September 18, 2007

Adab-adab puasa Ramadan



  1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh
    berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)


  2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)


  3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)


  4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)


  5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. ( H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)


  6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang
    sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )


  8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )


  9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur
    dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )


  11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur ) daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )


  12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau
    bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )


  13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap
    malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim.(HR Al-Bukhary )


  14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang
    shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )


  15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ).( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir ( di bulan Ramadhan ) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )


  17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan ? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya : Beliau shalat empat raka'at jangan tanya baik dan
    panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka?at. ( H.R : Al-Bukhary,Muslim dan lainnya )


  18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. ( H.R : Muslim )


  19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam ? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. ( H.R : Jama'ah )


  20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau ( bermakmum di belakang ), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat
    bermakmum dibelakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian ( untuk mengimami shalat ) melainkan aku khawatir shalat malam
    ini difardhukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  21. Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : Sabihisma Rabbikal A'la )dan ( Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad ). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah )


  22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali t. ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : ( artinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang
    yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas
    Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i,
    At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )


  23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )


  24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim )


  25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka
    Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ( ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. ( H.R : Muslim )


  26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )


  27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat
    i'tikafnya.......... ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )


  29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll... ) ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )


  30. Allah ta'ala berfirman : ( artinya ) Janganlah kalian mencampuri mereka( istri-istri kalian ) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati... ( Al- aqarah : 187 )


  31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :
    " sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di
    tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)


  32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat ( untuk menerima ) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.


  33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami ? Ia menjawab : Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. ( H.R : Muslim)


  34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah di dalamnya (bulan Ramadhan ) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)



KESIMPULAN
Ayat dan hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa dalam mengamalkan puasa Ramadhan kita perlu melaksanakan adab-adab sbb :

  1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. ( dalil : 6 ) Sunnah berbuka adalah sbb :

    • Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat. ( dalil : 2,3 dan 4 )

    • Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu. ( dalil : 6 )

    • Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Artinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. ( dalil : 5 )



  2. Makan sahur. ( dalil : 7 dan 8 ) Adab-adab sahur :

    • Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh. (dalil 9 dan 10 )

    • Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh. ( dalil 11 dan 12 ) * Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi'in.



  3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur'an ( dalil : 13 )


  4. Menegakkan shalat malam / shalat Tarawih dengan berjama'ah. Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir( 20 hb. sampai akhir Ramadhan). (dalil : 14,15 dan 16 ) Cara shalat Tarawih
    adalah :

    • Dengan berjama'ah. ( dalil : 19 )

    • Tidak lebih dari sebelas raka'at yakni salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at. ( dalil : 17 )

    • Dibuka dengan dua raka'at yang ringan. ( dalil : 18 )

    • Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka't kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad. ( dalil : 21 )

    • Membaca do'a qunut dalam shalat witir. ( dalil 22 )




  5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. ( dalil : 25 dan 26 )


  6. Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil : 27 )
    Cara i'tikaf :

    • Setelah shalat Shubuh lalu masuk ke tempat i'tikaf di masjid. ( dalil 28 )

    • Tidak keluar dari tempat i'tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. ( dalil : 29 )

    • Tidak mencampuri istri dimasa i'tikaf. ( dalil : 30)




  7. Mengerjakan umrah. ( dalil : 33 dan 34 )


  8. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil : 31 dan 32 )



Hantar kepada kawan Format pencetak

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI


  1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya


  2. Zikir

    • La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)

    • Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)

    • Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)

    • Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)




  3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)


  4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali


  5. SOLAT SUNAT

    • Solat sunat Isyraq

    • Solat sunat Dhuha

    • Solat sunat Tasbih dan

    • Membaca al-Quran

    • Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)





TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB:

  • berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib

  • solat sunat Awwabin

  • membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)



ISYAK:

  • Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak

  • Solat sunat Terawih, sunat witir

  • membaca al-Quran



TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

  • Solat sunat wuduk

  • Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa

  • Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)

  • Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

  • Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).

  • Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada
    suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)



BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.

Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.

Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.