Friday, November 30, 2007

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah
haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah
Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampai kan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi
dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu
ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti
kata-katak u ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitung an di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu,
segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

"Be rwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jaga lah supaya kamu tidak
mengikutiny a dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian,
dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita- wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lemb utlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah
bersung guh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima
waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.

"Ingat lah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggu ngjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya.
I tulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"He ndaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

naungan Allah kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat

Sabda Nabi

Dari Abu Hurairah r. a., dari Nabi
saw., sabdanya, "Allah swt. akan
memberikan naungan kepada tujuh
golongan manusia pada hari kiamat, di
mana tidak ada naungan ketika itu
kecuali naungan Allah :

1. Imam (pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak
kecil dalam menyembah Allah.

3. Seseorang yang hatinya terpaut di
masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi
kerana Allah; mereka berkumpul kerana
Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang dirayu untuk
berbuat keji oleh seorang wanita yang
cantik, lantas ia menolak dengan
berkata lembut, "Aku takut kepada
Allah".

6. Seorang yang bersedekah dengan
sembunyi-sembunyi, sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang telah
diberikan oleh tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat Allah waktu
bersunyi-sunyi, lantas meleleh air
matanya."

(HADIS SAHIH BUKHARI/MUSLIM)

DEMI SEBUAH BAHAGIA.. INGAT 2 LUPA 2

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah. Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada

Petua Senyum Untuk Bahagia

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi. Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab? Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Colours of the world

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2”..

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Al-Baqarah 264

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

As Imam As-Shafi’e had said…

As Imam As-Shafi’i had said…”

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

Friday, November 16, 2007

Biar iman mendahului fikiran,biar fikiran medahului perbuatan

Imam Ghazali :

“ilmu tanpa amal itu gila,
amal tanpa ilmu itu sia-sia”.

“ Sabar itu ada empat jenis:

1- Sabar dalam taat
2- Sabar dalam menahan diri dari berbuat
maksiat
3- Sabar dalam menahan diri dari godaan
dunia
4- Sabar terhadap cubaan dan musibah
yang datangnya dari Allah.

As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah
(29/8/1966) :

“ Apabila kita hidup hanya untuk kita,
hidupnya amatlah singkat, bermula dari
mulanya kita dan berakhir dengan
berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup untuk selain
daripada kita, hidup kerana fikrah,
sesungguhnya hidupnya panjang dan
mendalam. Bermula daripada bermulanya
manusia dan berakhir dengan luputnya
manusia di bumi ini. Jika kita merasa
kita yang memulakan perjuangan ini, kita
akan merasa sempit dada menghadapi
kematian kerana perjuangan belum
mencapai matlamat. Ingatlah, bukan bukan
kita yang memulakannya dan bukan kita
yang mengakhirinya tetapi ia dimulakan
oleh para Nabi hingga ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai daripada satu
perjuangan yang panjang”.

Ibn Taimiyyah (Taqiyuddin Abu al-Abbas
Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam
bin Taimiyah al-Harrani al-Hambali
(661H- 728H).:

“ Orang yang zalim terhadap diri sendiri
adalah orang yang berbuat maksiat dengan
meninggalkan apa yang diperintahkan agama”.

Imam Ibn Taimiyah:

“ Sesungguhnya setiap jiwa tidak pernah
sunyi dari perasaan berkehendak kepada
Allah SWT”.

Ali r.a berkata:

“Kotornya hidup berjemaah lebih baik
daripada jernihnya hidup menyendiri”.

Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Kitab Malfuzat

Nasihat Syeikh kepada anaknya semasa
sakit menjelang ajal:

“ Kamu mestilah memelihara kewajipanmu
(bertakwa kepada Allah) dan amalkan
ketaatan kepada-Nya. Janganlah takut
kepada sesiapa pun dan janganlah
bergantung kepada sesiapa pun (kecuali
Dia). Serahkan segala keperluanmu kepada
Allah dan berpalinglah kepada-Nya untuk
menagih keperluanmu itu. Jangan meletak
yakinmu kepada sesiapa pun selain Allah
Janganlah mengharapkan pada sesiapa pun
kecuali Dia.

“ Wahai anakku, jika engkau masih hidup
di pagi hari, jangan menjangka pada
malam juga sedemikian dan jika engkau
masih berada bila malam tiba janganlah
menganggap keesokan harinya sedemikian
pula. Hari sebelumnya telah berlalu
dengan segala isinya, untuk menjadi
saksi sebagai pembelamu atau sebagai
pendakwamu. Adapun esok, engkau tidak
ketahui apakah engkau akan tetap
bernyawa atau tidak”.

“Sesiapa yang berteman dengan seorang
bodoh, tentunya dia sendiri bodoh. Yang
paling bodoh adalah seseorang yang
benar-benar tidak mengenali Allah. Dia
itu merasa puas dengan kehidupan dunia
berbanding akhirat”.


“ Sebelum engkau dapat berdakwah pada
orang lain, ada persyaratan yang harus
dipenuhi; engkau seharusnya menjadi
seorang mukmin. Tidak wajarlah bagi
seorang hamba menyeru sesama manusia
kepada Allah sebelum dirinya tersampai
pada-Nya. Engkau tidak boleh menyuruh
orang lain mengikutimu dengan secara
membuta. Celakalah kepada yang
mengkhianati dirinya sendiri kepada
Tuhannya dan Nabinya; yang menyuruh
namun diri sendiri tidak
melaksanakannya; yang melarang tetapi
tidak mendukungnya; yang bercakap tetapi
tidak mengamalkan kata-katanya sendiri”.

Makhluk itu ada tiga jenis: malaikat,
syaitan dan manusia. Malaikat itu
sepenuhnya baik. Syaitan sepenuhnya
jahat. Manusia itu bercampur paduan
antara kebaikan dan kejahatan, dari itu
jika kebaikan memenuhi dirinya maka
manusia itu dihubung kaitkan dengan
malaikat, dan jika kejahatan yang
memenuhi dirinya, maka manusia itu
dihubung kaitkan dengan syaitan”.

Ali r.a

“ Barangsiapa yang mengumpulkan enam
perkara, nescaya ia mencari syurga dan
meninggalkan neraka iaitu:

1- Mengenal Allah lalu mentaatinya
2- Mengenal syaitan lalu mendurhakainya
3- Mengenal kebenaran lalu mengikutinya
4- Mengenal yang batil lalu menjaga diri
daripadanya
5- Mengenal dunia lalu menolaknya
6- Mengenal akhirat lalu mencarinya.

“Iman seseorang belum dapat dikatakan
benar, selama kepentingan Allah belum ia
tempatkan di atas kepentingan dirinya,
orang yang menang dalam kejahatan, sama
sahaja denmgan orang yang kalah. Orang
yang mencegah diri untuk tidak melakukan
kesalahan lebih mulia daripada melakukan
kebenaran itu sendiri”.

“ Sabar dengan ibarat kedudukan kepala
pada tubuh manusia. TIdak ada tubuh bagi
orang yang tidak mepunyai kepala. Tidak
ada iman bagi orang yang tidak mempunyai
kesabaran”.

Lukmanul Hakim

“ Hai anakku! Juallah duniamu kerana
akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung
pada keduanya dan janganlah engkau
menjual akhiratmu kerana duniamu,
nescaya engakau rugi kedua-duanya.